KARNIVAL BAZAR 2009 ANJURAN PERSATUAN PANDU PUTERI CAW SELANGOR
TARIKH: 18 April 2009
MASA: 9.00 pagi - 4.00 ptg
TEMPAT: Dat Kemerdekaan, Shah Alam
Karnival Bazar 2009 Acara Jualan Terbesar di Shah AlamSebanyak 40 khemah-khemah khas menjual pelbagai juadah seperti pizza, donut, mee bandung, dan minuman, aksesori, buku, kain ela, pakaian, bunga hiasan dan bermacam-macam lagi.Terdapat juga "Jumble Sale Diraja" yang menjual barang-barang terpakai, "jumping playhouse" bagi kanak-kanak, rumah hantu, pertandingan mewarna, pertandingan meneka berat kek, demonstrasi masakan dan aktiviti-aktiviti bagi seluruh keluarga.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan Mencemar Duli berangkat merasmikan Karnival Bazar 2009 tersebut pada pukul 9.30pagi.Kupon-kupon berharga RM5.00 dan RM10.00 ada dijual di sekolah-sekolah tertentu, dan akan dijual di Karnival Bazar pada hari tersebut. Sesiapa yang berminat untuk membeli kupon boleh juga emel kepada
panduputeri.selangor@gmail.comMAKLUMAT LANJUT: panduputeri.selangor@gmail.com
jum pakat ramai2 kite gi shah alam deh...! it's all about FUN =)